Pada 4 Dec 2010 telah berlangsung Hari Keluarga Fakulti Perubatan AUCMS di Club House, Putra Villa, Kepala Batas. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS Dato’ Dr. Zainuddin Wazir. Menurut beliau, “Fakulti perubatan adalah fakulti yang tertua diwujudkan di AUCMS”. Dekan fakulti perubatan, Dr Badrul Akmal Hisham yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa penganjur Hari Keluarga Fakulti Perubatan bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai aktiviti kekeluargaan antaranya acara “pertunjukan fesyen” bagi anak-anak kakitangan fakulti, Senamrobik, telematch dan sebagainya diadakan bagi mengeratkan lagi silatulrahim antara kakitangan fakulti. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.