Pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan April 2011 berlangsung pada 13 haribulan April di Waziria Medical Square, Kepala Batas. Pada pengambilan kali ini, kursus diploma Sains Kesihatan Bersekutu dan Foundation in Medical Studies ditawarkan. Kursus Diploma in Physiotherapy, Nursing, Pharmacy, Medical Sciences dan Medical Lab Technology menjadi pilihan pelajar-pelajar yang ingin menjadi ahli profesional dalam bidang perubatan dan sains bersekutu.
Para pelajar yang kebanyakan terdiri dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 datang dari merata pelusuk negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Seawal jam 8 pagi para pelajar baru ditemani waris dan keluarga masing-masing telah bersedia untuk mendaftarkan diri. Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai kaunter pendaftaran termasuk kaunter pembiayaan pelajaran dan hostel dengan teratur bagi memudahkan semua pihak. Berita baik bagi mereka yang berminat, pendaftaran pelajar bagi kemasukan April 2011 akan di adakan lagi oleh AUCMS pada 27 haribulan April dan 9 haribulan Mei nanti. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada yang telah menjadi warga AUCMS. Selamat maju jaya!