Garis panduan dan proses pengagihan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
- Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat Matrikulasi/Tingkatan 6/Politeknik/institusi pengajian tingga dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
- Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa dan status aktif di Allianze University College of Medical Sciences pada Januari 2012;
- Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan kursus masing-masing;
- Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan program ini atau mana-mana kedai buku yang mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional;
- Sekiranya amaun pembelian adalah kurang RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut atau ditukarkan kepada wang tunai;
- Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan atau Universiti;
- Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai.
- Pelajar perlu membawa bersama Kad Matrik dan MyKad semasa mengambil baucar buku tersebut.
- Baucar buku tersebut boleh diambil oleh pelajar di Fakulti/School masing-masing mengikut Jadual yang tertera dibawah mulai 26 Januari 2012;
- Baucar buku tersebut tidak boleh dituntut bagi pihak pelajar lain atau tidak boleh ditukarmilik.
Tarikh | Kursus Pengajian/Tahun Pengambilan | Masa Pengagihan | Tempat |
26 Jan. 2012 | DIPLOMA IN PHYSIOTHERAPY Kemasukan Tahun 2009 Kemasukan Tahun 2010 Kemasukan Tahun 2011 & 2012 | 10.00 pagi – 12.00 tengahari 12.00 tengahari – 2.00 petang 2.00 petang – 4.00 petang | School of Physiotherapy |
27 Jan. 2012 | DIPLOMA IN NURSING Kemasukan Tahun 2009 Kemasukan Tahun 2010 Kemasukan Tahun 2011 & 2012 | 10.00 pagi – 12.00 tengahari 12.00 tengahari – 2.00 petang 2.00 petang – 4.00 petang | Faculty of Nursing |
30 Jan. 2012 | FOUNDATION IN MEDICAL STUDIES DIPLOMA IN PHARMACY DIPLOMA IN MEDICAL SCIENCES DIPLOMA IN MLT DIPLOMA IN ENVIRONMENTAL HEALTH DIPLOMA IN HEALTH CARE MANAGEMENT | 10.00 pagi – 4.00 petang | Student Lounge, Waziria Medical Square |
31 Jan. 2012 | MD- AUCMS MD- UKM MD- USU BRIDGING NUIG/UCC | 10.00 pagi – 4.00 petang | Student Lounge, Waziria Medical Square |
Baucar tidak akan diberikan kepada wakil atau bagi pihak pelajar lain kecuali pelajar tersebut hadir untuk mengambil baucar berkenaan.
Pelajar diingatkan agar tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dengan menjual semua baucar yang diberikan. Ini boleh menjejaskan reputasi anda dan nama Universiti.





Garis panduan dan proses pengagihan baucar buku 1Malaysia (BB1M)


