Tamu di Apin-apin, Keningau, Sabah.
Pagi tadi kami bertamu di Pasar Tani Apin-apin yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Keningau. Pasar Tani yang diadakan setiap pagi Sabtu di tapak pasar Apin-apin menjadi tumpuan penduduk sekitar Keningau dan Apin-apin mendapatkan bekalan bahan harian. Pelbagai barang keperluan seperti pakaian, kasut, barangan runcit serta makanan tempatan dijual di sini dengan harga yang murah.
.
Kebanyakan penjual mula membuka gerai sejak dari jam 7 pagi dan pasar mula reda menjelang 11 pagi. Kami amat bertuah kerana semua penduduk yang kami dekati untuk memperkenalkan Allianze University College of Medical Sciences menyambut baik salam perkenalan kami dan berminat untuk mendengar lebih lanjut cerita yang kami bawa dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Kebanyakan remaja yang kami temui amat teruja dengan peluang pendidikan yang kami tawarkan.
Article by Pn Norzahizan.
medic
Courses
Importants
Scholarships
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















