kurye escort istanbul escort bayan escort istanbul escort bayan ilanlari

www.escortistanbuls.com sitesi tanıtımı, bu web sitesin istanbulda yer alan istanbul escortları bulunmaktadır. escort istanbul da bulunan ve tüm ilçelerini kapsayan escort ilan sitesi aynı zamanda web sitesi içeriğinde istanbul avrupa yakası ilçesi olan beylikdüzü escort ve anadolu yakası ilçesi olan ataşehir escort ve tüm türkiyede yer alan bayan escort ve escort bayanları bulabilirsiniz. ayrıcı sitede turkey escort girls içeriği barındırılmakta siteyi ziyaret etmek etiketler üzerindeki linklere tıklayınız.

Curriculums

Print

Rentak STEPS mewarnai Universiti

Written by Allianze Arts & Culture Centre.

303472 365963216780560_1350699931_nSTEPS adalah sebuah Kumpulan Tarian dibawah naungan AACC@ Pusat Seni AUCMS kini diberi kepercayaan sekali lagi untuk mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional sempena Karnival Belia Putrajaya yg akan berlangsung pada 24 hingga 26 Mei 2013 ini di Putrajaya.Selain tersenarai dlm 15 kumpulan tarian yang melibatkan seluruh negeri dimalaysia STEPS juga diberi penghormatan membuat persembahan memperkenalkan indetiti Pulau Pinang iaitu Tarian Joghee dan Ghazal Party di pavilion negeri Putrajaya.

STEPS tercetus dari adanya Kelab Tarian AUCMS yang mengumpulkan pelajar2 yang berminat dalam seni tari samada moden,free style,tradisional atau etnik. Untuk yang telah mempunyai Kumpulan Tarian sendiri andalah yang kami nantikan.Tidak sekadar untuk yang boleh menari sahaja, malah yang berminat untuk pengurusan seni pentas serta tatarias juga adalah merupakan mereka yang perlu bersama STEPS .Antara aktiviti STEPS pada tahun ini ialah Bengkel Tarian,Pementasan Dramatari,Muzikal Teater dan mempersembahkan pelbagai persembahan tarian di pelabagi Program anjuran Universiti dan AACC seperti di PV Nite Live,Majlis Makan Malam Konvokesyen,Konsert Hari Raya dan lain-lain lagi. STEPS kini mencari ahli-ahli baru untuk sama-sama berganding bahu mewarnai universiti dengan pelbagai aktiviti seni sama2 kita doakan agar kejayaan memihak kepada kita sekaligus mengharumkan nama aucms dan negeri Pulau Pinang di Pertandingan Tarian di Putrajaya bulan hadapan

Untuk pendaftaran,hadir sendiri ke pejabat AACC (bersebelahan Studio B,WMS atau hubungi 0174336170.


Print

Kelab Teater AUCMS

Written by Allianze Arts & Culture Centre.

318203 365962866780595_1846808469_n

Kelab Teater AUCMS atau dikenali sebagai VOICE ditubuhkan sejak 2009 dan kini dibawah naungan Allianze Arts & Culture Centre (A.A.C.C) @ Pusat Seni AUCMS. Terdahulu  VOICE mementaskan Teater Mencari Juwita,Mahsuri (Muzikal ),Jebat,Mambo Horse, Kena Main,Cumbuan Dosa Semalam, Jampi dan Mau Tak Mau disamping aktiviti2 lain seperti menguruskan pelbagai program kesenian dan pentas di dalam University, tahun ini VOICE akan terus mengorak langkah dgn pelbagai aktiviti menarik yang bakal dijalankan sepanjang 2013. Selain dari pementasan teater, ahli – ahli Kelab Teater AUCMS juga dapat menimba pengalaman dalam pengurusan acara – acara tertentu dibawah anjuran A.A.C.C AUCMS. 

Dari sudut sejarah; Perkataan "Teater" berasal dari perkataan "Theatron" yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani. Teater adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dan dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.

"Naskah teater tertua di dunia yang pernah ditemui, ditulis oleh seorang pendeta Mesir, Kher-Nefert, di zaman peradaban Mesir Kuno. Naskah tersebut ditulis untuk sebuah pertunjukan teater ritual di kota Abydos yang menceritakan tentang pertarungan antara dewa jahat dan dewa baik." 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang dunia teater, daftarlah sekarang sebagai ahli Kelab Teater VOICE  sekarang untuk perjalanan pengajian yang mengagumkan. Anda dijemput hadir ke A.A.C.C (bersebelahan Studio B, Waziria Medical Square) untuk keterangan lanjut atau hubungi 0174158451.


 


Print

Siapa Bakal Menjuarai Bintang Allianze 2013?

Written by Harlinda Zakaria.

945671 548233038553576_1189813182_nKemeriahan Allianze Idol Mentor yang berlangsung pada tahun lepas menyaksikan beberapa pelajar seperti Clare,Amin,Nana,Saif, Izzul ,Fafa,Linda dan Zulfadzli berjaya ke Konsert Finale berentap untuk meraih gelaran Juara Pertandingan Nyanyian ini dan Nana dari program Diploma In Nursing telah dinobatkan sebagai Juara Idol Mentor 2012 . Program pertandingan nyanyian tahunan ini kini kembali untuk mencari seorang lagi juara untuk tahun ini yang mana pada tahun ini hadiah yang dipertaruhkan lebih lumayan berbanding tahun lepas yang berupa wang tunai , trofi,sjili penyertaan dan lain-lain lagi.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar untuk tampil secara solo dan peringkat saringan akan diadakan pada 14hb May 2013 8.30mlm di Putra Villa dan pendaftaran dibuka sekarang.Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 9hb May 2013. Sila hubungi atau hadir sendiri ke pejabat Pusat Seni @ Allianze Arts & Culture Centre (AACC) bersebelahan studio B,WMS /hubungi En Shahrul 0174158451


 


Print

Kelab Vokal AUCMS

Written by Harlinda Zakaria.

music-notes1-full

Kelab Vokal merupakan kelab baru yang bernaung di bawah Allianze Arts & Culture Centre (AACC) . Kelab ini bertujuan untuk mengumpul dan mengenengahkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang seni suara samada secara solo atau berkumpulan. Selain itu, kelab vokal juga mempunyai pasukan koir yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar AUCMS sendiri .

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Kelab Vokal antaranya ialah Kelas Belajar Vokal, Bengkel Teknik Vokal, Bengkel Persembahan Pentas dan ‘Performance as Singer & Performer’ ,Latihan Koir dan juga persediaan untuk terlibat dengan persembahan pentas untuk majlis serta program yang dianjurkan oleh AACC dan Universiti.

Kepada anda yang ingin mendalami seni vokal sila hadir ke pejabat AACC @ 0177552971 sekarang


  


 

Print

Putra Villa RETRO Nite Live Kembali

Written by Harlinda Zakaria.

retro-music-background-free-desktop-background-free-wallpaperPV Nite Live kembali memeriahkan Putra Villa pada hari Rabu hadapan 8 May 2013 jam 8.30 malam.Kali ini PV Nite Live berkonsepkan RETRO (60an,70an dan 80an) dan pelbagai pengisian diatur untuk menghiburkan pelajar-pelajar AUCMS. PV Nite live merupakan sebuah program/aktiviti pelajar yang memberi platform kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni dan AACC sentiasa menjemput serta membuka peluang kepada semua pelajar untuk tampil dan bersama-sama menjayakan program dari pelajar kepada pelajar ini. Sila hadir beramai2 dengan berpakaian ala Retro kerana anda munkin berpeluang memenangi hadiah Pakaian Retro terbaik dan juga penonton paling sporting dan bertuah.

Kepada pelajar yang berminat untuk tampil sebagai penghibur pada malam tersebut samada secara individu atau berkumpulan sila hubungi pejabat Pusat Seni (Allianze Arts & Culture Centre) di 045780898/223 @ 014-9021749  atau hadir sendiri ke pejabat AACC bersebelahan Studio B ,WMS.