Teater Mambo Horse oleh VOICE di Manifestasi Teater Pulau Pinang 2012.
Mambo Horse mengisahkan kemelut hidup seorang perempuan yang bernama Mona yang bekerja di sebuah pusat hiburan/pelacuran bernama Mambo Horse. Karya nukilan Roslee Mansor ini sudah mencecah hampir 20 tahun usianya. Terdahulu dipentaskan dan diarahkan sendiri oleh beliau, watak utama Mona ditangani oleh Erma Fatima, Karim oleh Rosyam Nor dan Engku oleh Zaidi Omar. VOICE mengambil risiko menguji kemampuan mereka memilih naskah ini sempena pementasan untuk manifestasi Teater Peringkat Pulau Pinang dan ternyata hasilnya berjaya menarik lebih 300 penonton menonton dan penghujung cerita Mambo Horse mengungkai persoalan hidup Mona akhirnya. Kisah berlandaskan cerita haruan makan anak dan Mona memilih memilih hidup di Mambo Horse dan tidak mengetahui bahawa Karim teman lelaki yang selalu menidurinya adalah anaknya. Kehadiran Alias bapa Mona di penghujung cerita mengungkai kisah sebenar keperitan hidup Mona.
| VOICE sebuah kumpulan Teater yang lahir 3 tahun lalu dengan pementasan pertama mereka di Festival Teater Pulau Pinang 2009 dengan teater Mencari Juwita yang menobatkan pelakon utama mereka sebagai Pelakon Wanita terbaik. Seterusnya VOICE meneruskan perjuangan seni mereka dengan pelbagai persembahan pentas dan mengorganisasikan beberapa even kesenian di AUCMS. | ||
Antara teater lain yang dipentaskan oleh VOICE sebelum ini adalah Teater Kerusi dan Mahsuri. Mambo Horse pula membariskan pelakon-pelakon baru seperti Aisyah,Saiful Hidayat dan Kent Erwan. Manakala Ahmad Syuzairy (Ray) adalah pelakon senior yang sudah dikenali memegang watak Ayah.
Kumpulan Teater VOICE kini boleh berbangga yang berkat hasil penglibatan mereka dalam persembahan teater dan pengurusan pentas di AUCMS telah menjadikan anak-anak seni ini sebaris dengan kumpulan Teater dan Pengurusan Pentas yang hebat di Pulau Pinang.
medic
Scholarships
Importants
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















