RM50 juta bantu pelajar perubatan AUCMS
Presidennya, Profesor Datuk Dr Zainuddin Wazir, berkata menerusi dana itu, pihaknya merangka satu mekanisma pinjaman dan pembayaran balik sekali gus memastikan bantuan dapat dihulurkan terus.
“Berdasarkan maklum balas yang diterima, sebanyak 60 peratus di kalangan pelajar terdiri daripada golongan ‘the bottom billions’ iaitu mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan.
“Kami mendapati mereka mempunyai kebolehan dan minat yang tinggi, terutama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, tetapi mereka tidak ada kemampuan menyebabkan kami terpanggil untuk menyediakan satu mekanisme membantu pelajar ini,” katanya pada majlis pelancaran dana itu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, AUCMS menawarkan sebanyak 26 program baru dan tujuh daripadanya ialah pada peringkat ijazah.
.
Sumber - HMetro
Dana Pendidikan Perubatan
Allianze University College Of Medical Sciences
medic
Importants
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















