Pinjaman AUCMS untuk pemohon kursus perubatan
.
AUCMS dalam satu kenyataan hari ini berkata, kolej perubatan itu mempunyai dana sebanyak RM50 juta untuk pinjaman pengajian dan pelajar lepasan SPM yang berminat perlu memperoleh sekurang-kurangnya B dalam semua subjek Sains manakala lepasan STPM atau Matrikulasi hanya perlu melepasi tiga pointer.
.
Bagi lulusan SPM yang layak boleh memohon kursus setahun pra-perubatan AUCMS manakala lepasan STPM, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya boleh terus mengikuti ijazah perubatan dengan pinjaman dana AUCMS atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
.
Kenyataan itu juga berkata, pelajar yang lulus dengan cemerlang pula boleh memilih untuk melanjutkan ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (MD UKM di AUCMS) dan Universitas Sumatera Utara.
.
Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh melayari laman web AUCMS (www.allianzeunicollege.edu.my.) — Kosmo
medic
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















