Kolej Universiti Allianze jalin kerjasama Universiti La Trobe
.
Pengerusi Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze Pulau Pinang Profesor Datuk Dr Zainuddin Md Wazir menandatangani bagi pihak universiti itu manakala Universiti La Trobe diwakili oleh Naib Pengerusi Profesor John Rosenberg.
.
Upacara itu disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akhashah Khalil .
.
Zainuddin berkata, menerusi kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan fasiliti pengambilan pelajar bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan setanding dengan universiti-universiti terkemuka di luar negara.
.
“Kami mengadakan kerjasama dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi meningkatkan kualiti kursus perubatan, pengenalan biasiswa kepada kemasukan pelajar cemerlang, program pertukaran pelajar dan kemudahan teknologi pengajaran seperti makmal, peralatan perubatan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU itu di sini, semalam.
.
Katanya, menerusi kerjasama ini, pelajar dapat mengambil kursus berkenaan di kampus Kolej di Pulau Pinang dan mendapat pengiktirafan daripada Universiti La Trobe, Australia.
.
John ketika ditemui berkata, universiti itu yang baru berusia 45 tahun diharapkan dapat membantu dalam menghasilkan pelajar perubatan berkualiti selain mengukuhkan hubungan dua hala antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan Australia.
.
“Kami berharap kerjasama ini akan mengukuhkan hubungan dengan Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze dan berkongsi pengalaman bersama terutama semasa program pertukaran,” katanya.
.
Menurut Zainuddin, rancangan pertukaran pelajar ke Universiti La Trobe masih dalam proses perancangan dan diharapkan ia dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.
.
“Selain itu juga, kami turut menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM ataupun A-Level untuk kemasukan Julai dan September tahun ini dalam kursus diploma dan ijazah Sains Kesihatan.
.
“Syaratnya pelajar SPM mesti mencapai sekurang-kurangnya lapan A bagi kursus diploma dan asasi dan CGPA 3.5 untuk pelajar cemerlang STPM dan A-Level bagi kursus peringkat ijazah,” katanya. — Bernama
medic
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















