kurye escort istanbul escort bayan
Print

Adaptasi kepakaran

Written by Administrator.

pix_gal0Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) yang berpangkalan di Kepala Batas, Pulau Pinang akan mengadaptasi kelebihan serta kepakaran dimiliki Prince Songkla University (PSU) di Thailand, bagi melahirkan tenaga kerja profesional melalui bidang perubatan dan sains kesihatan.

Malah, AUCMS sendiri tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai kepakaran PSU, terutama melalui Songklanagarind Hospital (SH) yang dimiliki universiti berkenaan, untuk membangunkan hospitalnya sendiri kelak.

AUCMS akan membina hospital dengan 200 katil di Kepala Batas, sekali gus memperkukuhkan lagi penguasaan kolej terbabit dalam menghasilkan graduan berkualiti untuk memenuhi keperluan tenaga kerja profesional dalam bidang perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Zainuddin Wazir, berkata perjanjian persefahaman (MoA) yang dimeterai AUCMS bersama PSU baru-baru ini bukan sekadar meliputi pertukaran staf atau pelajar semata-mata.

Malah, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju mempertimbangkan kerjasama dalam apa juga bidang termasuk perkongsian kepakaran dan hasil kajian, yang dilihat mampu membawa keuntungan serta kelebihan kepada kedua-dua pihak.

Sebagai permulaan, katanya PSU akan membantu AUCMS dalam membuka jaringan di Thailand, terutama di wilayah selatan negara berkenaan, sebelum disusuli agenda lain termasuk pertukaran pelajar dan juga staf.

"Namun, hasil lawatan AUCMS ke PSU baru-baru banyak membuka mata kami, terutama mengenai kepakaran serta kelebihan terutama dalam soal pentadbiran di Songklanagarind Hospital yang dimiliki PSU.
"Malah, rata-rata delegasi sendiri kagum dengan sistem pengurusan terutama membabitkan rekod pesakit yang digunakan Songklanagarind Hospital, yang dianggap bersesuaian dengan pengiktirafan yang diterima hospital berkenaan.

"Justeru, jika kepakaran dimiliki PSU terutama Songklanagarind Hospital terbukti mampu membantu melancarkan operasi, kenapa kami mahu tolak dan mungkin ia dapat membantu AUCMS dalam membangunkan hospital kami sendiri kelak," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri majlis menandatangani MOA antara AUCMS dan PSU di Songkla, Selatan Thailand, baru-baru ini.

Terdahulu, Zainuddin mewakili AUCMS menandatangani MoA bersama PSU yang diwakili Presidennya, Dr Boonsom Siribumrungsukha. Majlis berkenaan disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shareen Akashah Khalil, selaku Presiden AUCMS.

Songklanagarind Hospital yang dimiliki PSU dinobat sebagai hospital pertama dalam sekolah perubatan di Thailand yang menerima Akreditasi Hospital (HA) pada 1998. Selain itu, hospital sama turut dianugerahkan dengan sijil Thailand Quality Class (TQC).

PSU yang ditubuhkan pada 1967 mempunyai lebih 36,000 pelajar di lima kampus miliknya di seluruh wilayah selatan Thailand iaitu di Hatyai, Songkla, Surat Thani, Trang dan Phuket.
Sumber - Berita Harian

medic