Pertandingan Badminton Allianze University 2013
Satu Pertandingan Badminton Allianze University 2013 akan diadakan oleh Kelab Badminton dengan kerjasama Pusat Sukan AUCMS yang akan diadakan pada 15 & 16 June 2013 (sabtu & ahad) di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal,Kepala Batas (pengangkutan disediakan bagi yang memerlukan).
Terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki,Beregu Wanita dan Beregu Campuran.Yuran penyertaan adalah RM15 bagi Beregu Lelaki & Perempuan dan RM10 untuk Beregu Campuran.Kepada yang berminat untuk menyertai Borang Penyertaan boleh didapati dari AJK-AJK badminton iaitu Lee Wei (014-3428425), Steve (016-4684260), dan di Pusat Sukan AUCMS iaitu di Tingkat 2 Budi Penyayang.Segala pertanyaan boleh terus menghubungi En.Asyraf Pegawai Sukan AUCMS (012-4926332).








