Lawatan Sambil Belajar SMK Kepala Batas , Kedah
.
Lawatan pada musim cuti penggal persekolahan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk menerokai dunia pendidikan perubatan dengan lebih jelas lagi. Program lawatan bermula dengan pelajar diberi taklimat tentang semua kursus yang terdapat di AUCMS dan kemudian mereka dibawa meninjau sekitar Kampus Waziria Medical Square termasuk ke bilik kuliah, makmal perubatan, perpustakaan, klinik kesihatan dan lain-lain lagi.
.
Program yang diusahakan bersama oleh Jabatan Jualan dan Pemasaran , Hal Ehwal Pelajar , Koordinator Program serta pihak sekolah ini diharap akan dapat membakar semangat pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran. Program sebegini juga diharap dapat memberi maklumat dengan lebih tepat dan juga memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pelbagai soalan tentang dunia sains dan perubatan.
.
Pihak Pengurusan AUCMS amat berbesar hati menerima kunjungan kumpulan pelajar yang diiringi oleh guru dari SMK Sri Kepala Batas. Di harap pelajar-pelajar tersebut mendapat manfaat dari lawatan ini dan akan kembali lagi di masa akan datang. Kepada pelajar, semua warga AUCMS mengucapkan selamat berjaya.
medic
Courses
Importants
AUCMS's QR Code
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| Tel Number | Toll Free | SMS | Webportal |
















